Thursday, August 18, 2016

#DIET

Assalamualaikum

Ok diet

Dari dulu Siti Khadijah memang tak pernah habis dengan isu diet diet diet.. sampaikan kawan kawan aku pun naik muak. Hikhik

Ok sebenarnya aku nak sangat kurus untuk mudahkan aku. Mudahkan dari segi?

1. Pemakaian

Bila kurus, apa kita pakai nampak lebih manis. Sebab tak ada lah nampak lemak2 berlebihan ke apa. Kemudian senang nak cari baju, pilihan baju pun lebih banyak.

2. Senang gerak

Kalau badan kurus, jadi ringan. Then kita akan senang nak bergerak, tak cepat letih. Kalau badan berat serius aa badan cepat penat weh..

3. Self confident

Ni penting gak, sebab aku ni sebenarnya low self confident. Jadi aku nak kurus supaya aku tak malu nak berhadapan dengan orang. Jadi lebih yakin lah konon

4. Tak nak nampak tua

Hahahhahahah gelak dulu. Memang ye pun ni salah satu sebab aku nak kurus. Sebab orang kurus ni nampak lebih muda weh. Jenis aku pulak rangka besar, jadi memang nampak macik macik sangat. Dah lah aku jenis tak pandai bergaya kan :p

Sebenarnya banyak lagi sebab tapi yang atas tu salah satunya lah kan.


Pulaknya aku jenis kuat makan, kuat mentekedarah, kuat craving, kuat mengidam.. serius. Kahkah

Aku dari dulu jenis suka makan..kalau sedih stress ke apa mesti makan, tapi dulu aku jenis kurus cekeding walau makan banyak gila. Makan banyak mana pun masa sekolah berat aku maintain jaa 45.

TAPI TU DULU LAHHHHHH

eh capslock rosak

Ok dah ok balik dah . hehe

Ok macamni, sejak aku sakitlah badan aku start naik. Aku sakit masa umur 18, badan aku naik sebab masa tu aku ulang alik klinik/hospital masuk air dalam badan. Setiap minggu ok kena masuk air, sila bayangkan!

Kemudian aku sakit santau katak *eh directnya*

Sakit aku tu buat badan aku semua jadi gelembung dan perut kembung macam orang pregnant 7-8 bulan. Tapi taklah macam busung, sebab perut aku kejap besar kejap kecik. Masa dia besar tu aku sampai terpaksa pakai bengkung, sebab taknak bagi orang nampak.

Masa tu memang teruk juga lah sakit. Sebab tu aku ulang alik hospital, dalam masa yang sama cari perubatan tradisional. Macam macam tempat aku berubat, sampaikan pernah kena tipu. Pernah juga terrrrrrberubat dekat orang yang salah. Nasib baik sempat patah balik. Fuhh

Dan alhamdulillah aku dah makin pulih, sejak berubat dengan Ustaz Faizul (2012) dan Ustaz Hassan (2016). Sekarang kena jaga amalan je lah..


Ehhh termengarut benda lain pulak

Ok sambung


Lepas dah makin ok, berat aku mula turun lah sikit demi sikit. Berat aku pernah cecah 70 tau masa tu. Haaaaaaa gemuk gila. Nasib la aku tinggi, jadi dapat cover kunun.


Then masa 2016 lah aku start diet sikit sikit. Aku jenis suka makan, jadi agak susah nak buang tabiat tu. Sebab dari sekolah aku jenis makan tak kawal, tengah malam pun aku belasah makan nasi goreng la, nasi lauk telur dengan kicap lah, maggie lah. Perghh

Tak cukup dengan tu, mesti nak minum milo ais. Hampir setiap malam aku akan makanmakanan berat. 2-3 pagi tu lah time makan aku.

Teruk aihh cara pemakanan aku..memang tak jaga langsung. Bila ramai tegur aku dah mula membulat, dari situ lah datang keinsafan nak diet. Hahhaa


Aku ingatkan diet ni tak makan. Pernah gak lah tak makan berhari hari lepastu badan jadi lemau gila aihh. Paling sedih berat naik pulak. Kahkah. Padahal seminggu tak makan tu, jadi aku pun macam give up lah. Masa tu malas gak lah nak diet, nampak sangat cepat putus asa. Hihi

Jadi aku cuba la buat diet kepala sendiri. Caranya adalah :

1. Kurangkan kuantiti makanan

Kurangkan je mampu sebab aku suka makan kan. Jadi aku kurangkan nasi, kurangkan lauk, kurangkan makan malam. Makan malan pun awal, sebelum pukul 8 malam aku makan dah. Kira lepas waktu tu aku tak makan dah lah, kalau lapar minum air masak je

2. Kurangkan air manis/lebihkan air masak

Kurangkan air manis tak ada masalah sangat sebab aku memang tak suka sangat air manis. Sekarang ni aku minum air manis sekali sekala je untuk bagi tenaga. Kemudian aku minum air masak berbaldi baldi. hahahhaa. Nampak sangat tipu. hihi. Tak ada lah berbaldi baldi tapi sampai mak aku pun tension tengok aku minum air masak banyak sangat. Biasa dalam 3-4 liter lah, tapi kadang 2 liter je.

3. Kurangkan ais

Ni kadang masalah gak lah sebab aku suka minum ais.Jadi aku terpaksa control balik lah kurangkan minum ais. Kalau sejuk pun aku akan sejukkan sendiri dalam peti ais, lagipun sunnah nabi tu

4. Kurangkan makanan manis

Kalau cekelat tu tak ada masalah sebab aku memang loya makan cekelat atau gula2 ni terlebih sangat. Tapi aiskrim tu la kan. Hoho. Aku memang gila aiskrim. Jadi nak taknak kena kurangkan juga lah benda peberet tu. Kalau dulu setiap minggu nak makan magnum lah, cornetto la... sekarang? Terpaksaaaaaaa lupakan :p

5. Buat detox/Minum teh hijau

Ok kemudian aku ada juga buat air detox sendiri. Cuma letak lemon dengan limau nipis, pastu sejukkan. Lepas makan aku akan minum air detox rekaan sendiri ni. Tapi sekarang aku tak minum detox lemon dengan limau nipis dah, aku amalkan clenx tea. Sebab aku kan insan pemalas nak buat detox sendiri. Hihi nak kurus tapi malas, jangan jadi macam aku :p

Macam boleh namakan diet KURANGKAN je ni . Pasal senaman pulak, oleh kerana aku adalah manusia yang poyo dan malu untuk senam kat luar (kalau jogging pun aku jalan je) jadi aku buat senam sikit2 dekat rumah. Aku banyakkan buat squat, kalau kat luar aku banyakkan jalan dengan naik tangga. Tu je lah cara nak bagi bersenam.. Tapi sejak dah kerja aku jarang senanm kat rumah, sebab balik kerja dah penat..lepastu tidur . Hoho

JADI

Aku naik turun tangga je lah. Ofis aku tingkat 4, jadi aku naik tangga je. Kalau nak kena turun repair pc ke apa, aku naik tangga lah kalau takat tingkat 5 tu. Tapi kalau tingkat 11, memang tak lah naik tangga. Hahaha

Sekarang ni aku tak capai target berat lagi sebenarnya, tapi alhamdulillah berat aku makin turun lah. BMI aku sekarang memang lah normal, tapi kita mesti ada berat idaman kan. Jadi fokus aku sekarang nak capai misi berat 5*

Kena rahsiakan selagi tak capai

Kahkah

Aku taknak pun berat macam zaman sekolah, sebab masa tu tengkurakkkk sangat. Sebab aku tinggi, jadi 5* pun dah cukup. Hihi




Bulan 3 (2016) vs Bulan 4 (2016)

Masa ni aku tak timbang pun, tapi nampak lah jugak penurunan tu lagi lagi part pipi. Hahahhaa. Masa tu aku baru lepas habis intern, sebab tu lah badan dengan pipi mendadak naik tu. Yelah makan tidur makan tidur hahah. Ramai gak tegur masa tu pipi aku bulat, badan naik... haaa lepastu terus start balik diet sikit sikit. Aku ni kena buat sikit sikit, sebab kalau mendadak memang confirm tak istiqomah . 


Doakan moga Siti Khadijah Binti Sheikh Hishamuddin istiqomah dalam misi menguruskan badan. Allahumma Aamiin

Ok panjang plak taip

k bye


Wednesday, August 17, 2016

#Jangan selfish

Assalamualaikum

Pesan dekat hati, jangan selfish.

Kenapa?

Yelah kalau kita dah lepaskan dia..kita patut lepaskan terus. Kita takboleh nak sakit hati atau cemburu bila tengok dia bahagia dengan orang lain.

Baru aku sedar hati aku kotor

Bila ada rasa sakit hati tengok seseorang yang pernah rapat sangat dengan aku mesra dengan orang lain. Sedangkan aku yang ambil keputusan lepaskan dia, aku yang buat keputusan untuk tak nak rapat dengan dia.

Nampak sangat hati tak bersih Siti Khadijah :'(

Ramai tertanya tanya kenapa dah takboleh nak rapat dengan dia, sedangkan dia tak pernah buat salah. Dia lah satu satunya insan yang layan aku persis si Syahul Faiq... Dia lah satu satunya insan yang akan sentiasa tolong aku bila aku susah.. Dia juga lah yang sentiasa cari cara untuk bahagiakan aku... Dia tak pernah putus asa dengan aku


Aku sendiri taktahu silap kat mana

Semuanya jadi berantakan sejak aku kenal Hazim.. sebelum aku kenal Hazim, aku dengan dia tak pernah ada masalah.

Aku tahu semua ni punca dari diri aku

Kalau lah aku percaya dekat dia
Kalau lah aku tak ragu ragu

Kalau lah

Kalau lah masa Hazim mesej tu aku tak reply

Sepatutnya dari cara dia layan aku, aku tahu dia memang sayangkan aku. Tapi sebab aku selalu fikir dia 'playboy', dia akan tinggalkan aku.


Masalah diri sendiri Siti Khadijah

Sekarang dah cukup masa kau biarkan insan sebaik dia jumpa seseorang yang lebih baik dari kau.

Moga Allah berikan kebahagian dan kejayaan buat dia. Aku sentiasa doakan dia. Allahumma aamiin

kadang kadang rindu

tapi tak mampu nak jadi macam dulu

tak mampu nak rapat.

Allah tahu sebab apa, sebab aku sendiri tak tahu sebab apa

#Hampir Penghujung

Assalamualaikum

Fuhhhh dah bulan 8, dah hampir penghujung 2016. Dari Januari 2016 sehinggalah saat ini, macam macam benda jadi.

Nak taip satu satu pun tak mampu

Terlaluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu banyak.

Makin dewasa ujian makin banyak.
Makin dewasa kau makin rasa betapa payahnya hidup ni


Tahun 2016 ni banyak duka dari suka
Cehh ayat

Tapi tu lah hakikatnya...


Allah

Mudahkan lah apa yang sulit