Thursday, August 25, 2011

CERPEN: Raisya Humairah

     Dada mula berdebar debar , hati mula rasa tidak selesa. Aku terduduk , hanya menunggu khabar berita berharap sangat semuanya akan kembali seperti sediakala. “ Ummi terjatuh Along. Ummi jatuh waktu amik wuduk. “ Berita yang telah mengoncakkan hatiku. YA ALLAH, selamatkan lah Ummi. Aku meraup wajahku. “ Ummi pasti akan ok Raisya. Jangan risau sangat ye.” Aku hanya merenung lelaki itu dengan pandangan yang berkaca. “Apa yang awak paham Arman? Awak tak tahu apa yang saya rasa sekarang ni! Ummi saya , mak kandung saya tengah bertarung nyawa. Macam mana saya boleh bertenang?” Arman Hariz terdiam, tidak berani melawan kata kata gadis bertudung merah itu. Mungkin hatinya terlalu berkoncak dan perlukan masa. “ Saya nak bersendirian. Tolong tinggalkan saya. “ Arman Hariz akur dan terus beredar meninggalkan gadis itu di perkarangan hospital.Aku menilik nilik jam ditangan, sudah hampir dua jam Ummi berada di dalam bilik itu. Aku tak tahu apa yang sedang berlaku didalam tapi apa yang pasti hati aku tidak tenteram. Hati aku berkoncak hebat dan fikiran aku mula menerawang. Tuhan, tolong selamatkan Ummi!
Seorang lelaki berpakaian hijau keluar dari bilik kecemasan, dia memandang aku dengan wajah yang sukar untuk aku tafsirkan. “ Cik Raisya Humairah, waris kepada Puan Haziqah ker ? “ Aku mengangguk lemah. “ Masuk bilik saya sekejap. “ Aku mengikut langkah doktor muda itu. Doktor muda yang berspek mata itu memandang aku sambil mengerutkan dahinya. “ Doktor, macam mana dengan Ummi saya?” “ Cik Raisya, saya mintak maaf. “ Aku mula berdebar debar. “ Apa yang doktor cakapkan ni? “ “ Sebenarnya sudah lama Puan Haziqah merahsiakan perkara ini. Saya rasa sebagai anak kepada Puan Haziqah awak berhak untuk tahu.” “ Tahu apa doktor ?” “ Puan Haziqah menghidapi penyakit ketumbuhan otak.” Aku terdiam, tak mampu untuk bersuara lagi. Selama ini aku melihat Ummi sebagai seorang ibu tunggal yang cekal hati membesarkan dua orang anak gadisnya yang degil, seorang ibu yang sentiasa tersenyum dan ceria selalu jugak seorang ibu yang selalu berusaha untuk menunaikan permintaan anak anaknya. “ Doktor tipu saya kan?” Tutur aku dengan suara yang lemah. Berharap sangat apa yang aku dengar tadi hanya mimpi semata mata. “ Tidak Cik Raisya. Saya tak tipu dan sebenarnya dah lama Puan Haziqah meminta saya untuk merahsiakan perkara ini.” Sekali lagi air mata aku tumpah dan sekali lagi aku kalah dengan perasaan sendiri. “ InsyaALLAH semuanya akan kembali ok. Saya akan berusaha untuk memulihkan ibu Cik Raisya dengan izinNYA. Lagipun ketumbuhan ini baru peringkat awal. Masih ada peluang untuk pulih.” Aku tersenyum lemah. “ Terima kasih doktor.”
 Masa kian berlalu, keadaan Ummi makin pulih. Cuma setiap bulan Ummi perlu berjumpa dengan Doktor Khairil untuk membuat rawatan selanjutnya.Sudah hampir sebulan jugak peristiwa di hospital itu berlalu dan sudah hampir sebulan jugak aku tidak berhubung dengan lelaki itu. Arman Hariz, perlahan nama itu terbit dibibirku. Dimanakah agaknya lelaki itu menghilang? Merajuk kah? Kecil hati kah? Argh ! Peduli apa aku. Yang penting Ummi sudah makin sihat dan boleh bergerak aktif seperti dulu. Itu sudah cukup membuatkan hatiku kembali tenang. Tapi hati kecilku tetap teringat ingat akan lelaki budiman itu.“ Along!” Aku menoleh. “ Kenapa Rara? “ Rara Izora tersenyum memandangku sambil mengenyitkan mata. Aku membeliakkan mataku , dah buat tebiat apa budak ni? “ Ada orang nak jumpa. “ Aku terdiam, siapa pulak nak jumpa aku malam malam macam ni. Jam sudah pun menunjukkan ke angka 9 malam. “ Siapa? “ “ Pergilah tengok sendiri. Abang handsome tu tengah berborak dengan Ummi. “ “ Abang handsome? “ Adikku yang berumur 17 tahun itu hanya mengangguk sambil tersengih sengih. “ Mengada ngada lah Rara ni. “ “ Kalau akak tak nak past kat Rara tau ! “ Aku menjengkelkan mataku dan segera keluar dari bilik. Sayup sayup aku terdengar suara seorang lelaki yang cukup aku kenali sedang berborak dengan Ummi. Ummi ketawa riang sambil terbatuk batuk. Ummi ni, kalau yer pun suka sangat cover lah sikit. Desis hati kecilku.
“ Manalah Raisya ni? Tak keluar keluar lagi. Lama Man tunggu ni.” Arman tersenyum manis. “ Tak apa lah Ummi. Dia nervous kot sebab dah sebulan tak jumpa saya.” Ummi tersenyum. “ Assalamualaikum.” “ Walaikumusalam.” Jawab Arman Hariz dan Ummi serentak. Raisya Humairah bermuka selamba dan terus duduk disisi Ummi. “ Kenapa malam malam datang ni? Mimpi apa? “ Tanyanya selamba. Ummi disebelah sudah mencuit pehanya. “ Auww , sakitlah Ummi.” Arman Hariz ketawa kecil. “ Ha’ah, memang saya mimpi pun. Saya termimpi mimpi Raisya Humairah  datang sambil hentak hentak kaki cakap rindukan saya.” Aku mencebik, perasan sungguh mamat ni. “ Awak tak payah nak perasan sangat Encik Arman Hariz. “ “ Ummi saya nak pinjam anak dara Ummi sekejap eh. “ “ Amik semua pun tak apa Arman.” Arman sudah ketawa kecil sambil mengenyitkan mata. Aku sudah membuat muka bengang dengan sikap Ummi yang sporting tak kena tempat ni. “ Jom sayang. “ Aku menjengkelkan mata.
Aku memandang lelaki berbaju putih dan berslack hitam ini. Wajah kacak itu ditenung dalam. Aku sendiri tidak tahu kenapa susah benar hatiku untuk menerima kehadirannya dalam hidupku. Dia hadir disaat aku kesedihan, dia ada disaat aku memerlukan seorang teman untuk meluahkan. Dia jugak setia mendengar cerita  sedih aku terhadap arwah Abah. Sudah hampir 8 tahun dia disisi aku tapi aku masih sukar untuk menerima sebagai pria dihatiku. “ Awak masih ragu ragu Raisya?” Aku mendiamkan diri. “ Awak rasa saya tak boleh nak bahagiakan awak?” Aku menongkat dagu, taman permainan dihadapan menjadi tumpuan mataku.Aku tidak boleh menerimanya, aku tak layak untuk lelaki sebaik dia. Aku bukan seperti gadis lain  dan aku jugak tidak berhak mendapat kasih sayang lelaki sebaik Arman Hariz. “ Arman , awak tak seharusnya pilih saya. Saya tak berhak untuk berada disisi awak.” Arman Hariz mengerutkan kening. “ Awak carilah gadis lain yang sesuai untuk awak. Kita tak kan bersama dan tak mungkin bersama. Tolong hantar saya balik.” “ Tapi kenapa? Bagi saya sepuluh sebab dulu. “ “ Awak akan faham suatu hari nanti.” “ Raisya Humairah, tolong lah sayang. Saya sayang sangat sangat kat awak. “ “ Bagi saya masa.” Arman Hariz tersenyum lega. “ Baiklah, saya bagi awak masa sampai esok je. Esok saya akan tuntut jawapan awak.” Raisya Humairah mengangguk. Dia nekad , mungkin sudah sampai masanya lelaki ini tahu hakikat sebenar. Mungkin sudah sampai masanya aku mengorbankan perasaanku sendiri dari menghukum lelaki yang tidak berdosa.
Aku sampai dirumah ketika jam tepat menunjukkan ke angka 12. Ummi menyambutku dengan senyuman yang cukup manis. “ Sayang dah balik pun.” “ Ummi ! “ Ummi mengerutkan kening melihat wajahku yang sudah lencun dengan air mata. Aku sendiri tidak sedar sejak bila air mata ini sudah pandai menitis tanpa disedari. “ Raisya, cuba cerita kat Ummi. Apa yang dah berlaku? “ Aku memeluk Ummi. Aku benar benar perlukan sokongan dan nasihat Ummi. Ummi tahu akan keadaanku , Ummi jugak tahu akan perasaanku terhadap lelaki itu dan Ummi jugak tahu ada sebab yang membataskan aku untuk meluahkan perasaan. Aku duduk dikerusi kayu rumah kami, tangan sebelah mengengam tangan Ummi dan yang sebelah lagi memegang dada yang mula berkocak hebat. Perlahan lahan bibir bergerak dan aku meluahkan segala rasa yang sudah mula menjadi pekung didadaku sendiri. Ummi terdiam dan memegang daguku lembut. “ Sayang, peristiwa itu sudah lama berlaku. Sudah hampir 10 tahun kan. Raisya sekarang sudah 23 tahun, lupakan sejarah hitam itu sayang. Jangan ingat lagi perkara silam itu.” “ Tapi Ummi, sejarah itu telah menyedarkan siapa Raisya yang sebenarnya. Gara gara peristiwa hitam itu jugak lah Raisya tak mahu berkawan dengan mana mana lelaki. Raisya ingat Raisya boleh bertahan tapi Raisya silap Ummi. Arman lain sangat. Dia cuba sedaya upaya untuk berkawan dengan Raisya dan akhirnya Raisya terperangkap dengan perasaan sendiri. Raisya tak layak untuk dia Ummi. Raisya kotor!” Aku teresak esak menangis dibahu Ummi. Ummi turut sama menitiskan air mata. Perlahan tangan lembut Ummi mengusap bahuku. Ummi turut sama menitiskan air mata. YA ALLAH, berilah aku kekuatan untuk meluahkan. Aku perlukan keberanian dan kekuatan dariMU.
Keesokan paginya aku seperti biasa membantu Ummi di sawah. Sawah peninggalan arwah Abah lah satu satu harta pusaka yang kami ada.Aku sangat berterima kasih pada Arman atas jasa baiknya yang sudi membantu membiayai kos rawatan Ummi. Aku berjanji didalam hati, suatu hari nanti akan aku balas jasa baik lelaki itu dan selesaikan hutang piutang kos rawatan Ummi. Rara Izora pagi pagi lagi sudah ke sekolah walaupun hari ini hari Sabtu. Adikku ini akan menduduki peperiksaan penting dan dialah satu satunya harapan keluarga kami. Aku tidak berpeluang untuk menyambung pelajaranku walaupun memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Semoga adikku itu  dapat meneruskan hasratku untuk ke menara gading.InsyaALLAH. “ Raisya, Arman dah sampai tu.” Aku terdiam. Pagi pagi lagi lelaki itu sudah muncul semata mata ingin menuntut ‘ jawapan ‘ dariku. Aku memandang Ummi sambil tersenyum hambar. Ummi menepuk bahuku perlahan tanda memberikan kekuatan kepadaku. Langkah diatur menuju ke arah kereta Perdana milik lelaki itu. Arman Hariz tersenyum memandang gadisnya yang hanya bertudung bawal putih dan berbaju kurung kedah. Nampak comel walaupun simple.
“ Jom kita keluar sekejap. Saya dah mintak izin Ummi awak.” Aku terbeliakkan mataku. Gila ke apa? Nak suruh aku keluar dengan pakaian begini? Dah macam orang asli pun ada aku ni. “ Dah comel ni sayang. Jom jom . “ “ Eh jap lah. Bagi saya tukar baju dan siap sekejap. Tak menyabar betul lah!” Lelaki itu tersengih sengih. “ Mesti lah tak sabar. Nak tunggu jawapan awak kan.” Aku menelan air liurku. “ Cepat sikit tau awak. Saya tunggu kat sini. “ Aku mengangguk dan segera berlalu naik ke atas. Cuba untuk bersiap seringkas mungkin dan aku hanya menyapu sedikit bedak nipis tanpa mengenakan sebarang gincu. Rasanya ini dah cukup ringkas kan.
“ Comelnya sayang saya ni. “ Aku mengerutkan kening. Macam ni pun comel ke ? Dah lah pakai tshirt lengan panjang je pastu dengan jeans lusuh lagi. Tudung pulak aku hanya pakai tudung indon. Sangat sangat ringkas! “ Jom!” Aku memboloskan diri di dalam kereta perdanan hitam itu. “ Kita nak pergi mana ni? “ “ Hurm, saya nak pergi pantai.” “ Pantai? “ Aku mengangguk. “ Pantai pertama kali kita terjumpa selepas waktu kelas tambahan.” Lelaki itu tersenyum. “ Ok sayang.” Hati aku sudah mula berdebar debar. Adakah lelaki ini dapat menerima kenyataan bahawa wanita yang disanjungnya ini sebenarnya mempunyai kisah silam yang sesiapa pun tidak pernah jangka.
Kami sampai di pantai ketika cuaca sudah mula nampak mendung. Sama mendungnya hatiku ini. Aku berdebar debar menantikan penerimaan lelaki yang sudah lama mendapat tempat dihatiku ini.” Awak , saya dah bersedia nak dengar jawapan awak.” Aku terdiam. “ Man, saya harap awak dapat terima dengan tenang apa yang saya cuba sampaikan ni.” Arman Hariz mengangguk. “ Dulu, sewaktu umur saya 13 tahun saya sering kehulu hilir demi mencari rezeki untuk keluarga saya. Arwah ayah saya sudah lama meninggal ketika umur saya baru 11 tahun. Nak harapkan Ummi sorang sorang cari duit memang tak larat Ummi kan. Saya selalu balik lewat malam dan kadang kadang terpaksa tidur di stesen bas. Macam macam kerja yang saya buat Man.” Arman Hariz merenung gadis disisinya, tangan gadis itu dicapai lembut. “ Ada satu malam, saya terpaksa bermalam di stesen bas. Masa tu keadaan memang sunyi sepi. Tiba tiba datang sekumpulan lelaki dan cuba menganggu saya. Saya melarikan diri dan alangkah malangnya saya tak berjaya.” Air mata sudah mula minitis perlahan.” Lelaki lelaki itu mengepung saya dan salah sorang daripadanya menarik tudung saya. Saya dipukul dan kepala saya dihentak dengan batu.Saya mula tak sedarkan diri dan darah menitik nitik keluar.” Dia menahan sendu, cuba mencari kekuatan. “ Bila saya sedar, saya berada disebuah bilik yang agak asing. Keadaan saya pada masa tu sangat memalukan dan ada 3 orang lelaki tidur disebelah saya.Saya dirogol Man! Saya dah tak suci lagi !” Air mata akhirnya keluar dengan deras dan aku tersendu sendu menangis. Tangan kasar yang tadi memegang lembut mula longgar. Tiada lagi tangan yang memegang tangan lembutnya itu tadi. Lelaki itu meraup wajahnya. Dia seakan akan terperanjat dengan cerita yang baru disampaikan tadi. Aku hanya merenung wajah itu. Berharap lelaki itu akan memahami. “ Man, awak dah faham sekarang kan kenapa saya tak layak untuk awak. Kenapa saya tak boleh terima awak.” Lelaki itu masih membisukan diri. “ Saya sayangkan awak Man. Sayang sangat sangat tapi saya tahu siapa saya dan siapa awak.” Masih tiada suara dari lelaki itu dan aku mula risau. Tiba tiba lelaki itu bangkit dan terus beredar meninggalkan aku keseorangan. “ Man! Awak nak pergi mana? “ Lelaki itu makin jauh. “ Arman Hariz!” Aku menjerit sekuat hati. “ Arman!!” Lelaki itu sudah jauh meninggalkan aku sendirian. YA ALLAH, aku tak sangka sebegini penerimaan lelaki itu sedangkan aku sudah telus menceritakan perkara sebenar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku termenung sendirian di beranda rumah. Hati aku kini benar benar telah kosong.Benarlah sangkaanku bahawa tiada lelaki yang mahu menerima wanita yang pernah ditebuk tupai. YA ALLAH, bukan kerelaan aku semua ini berlaku. Aku hanya mangsa lelaki durjana! Sudah hampir 3 bulan Arman Hariz menghilangkan diri dan sudah hampir 3 bulan jugak Doktor Khairil cuba mendekatiku. Ummi telah menceritakan peristiwa yang berlaku terhadapku dan Doktor Khairil tiba tiba menjadi seorang yang prihatin. “ Saya faham keadaan awak Raisya. Awak mangsa dan awak tidak bersalah.” Masih terngiang ngiang lagi kata kata yang diucapkan oleh Doktor Khairil kepadaku sebulan yang lalu. Tapi alangkah indahnya jika Arman Hariz yang ucapkan kata kata itu. Aku betul betul mengalami masalah kemurungan. Masaku banyak dihabiskan dengan termenung di beranda rumah. Kadang kadang Doktor Khairil datang untuk menceriakan hatiku. Akan tetapi lelaki itu tetap tidak dapat mengantikan kehadiran Arman Hariz. Satu satunya lelaki yang sentiasa menceriakan hari hariku. Sudah lama kami berkawan dan semua baik buruknya aku tahu. Apa yang dia suka makan, apa yang dia alergic. Semuanya aku tahu. YA ALLAH, aku benar benar rindukan lelaki itu.
“ Sampai bila Raisya nak macam ni sayang?” tanya Ummi lembut. Aku hanya mendiamkan diri. Tak tahu ingin menjawab dan air mata tiba tiba turun setitik demi setitik dan makin lama makin laju. Hati dan perasaanku terseksa gara gara cinta yang tidak mungkin menyatukan. Aku tak pernah minta semua ini terjadi dan aku tak pernah sangka akan jatuh cinta pada lelaki yang sangat baik seperti Arman Hariz. Dia seorang lelaki yang penyayang dan tidak pernah meninggikan suara selama tempoh persahabatan kami yang sudah menjangkau angka 8. “ Ummi, Raisya lemah sangat. Rasa macam dah tak ada semangat.” “ Raisya, Ummi sentiasa disisi Raisya. Ingat ALLAH sayang.” Aku mengangguk dan terus memeluk tubuh gempal Ummi. “ Khai dah sampai. Pergilah jumpa dia.” Aku hanya membisu.” Dah lama dia tunggu Raisya. Jumpalah sekejap.” Aku akhirnya mengalah dan terus bangun untuk ke ruang tamu.
Lelaki itu sedang rancak berbual dengan adikku. Terdengar tawa mereka yang tampak gembira. Kenapa aku tidak boleh ketawa sebegitu lagi? Urat ketawa aku dah putus ke? “ Raisya, marilah duduk sekali.” Pelawa Doktor Khairil lembut. Aku hanya menurut tapi lidah masih kelu.” Along berbual lah dulu dengan abang Khai eh. Rara masuk bilik dulu.” Adikku ini pandai betul menyelematkan diri.Aku hanya tersenyum tawar.Doktor Khairil memandang aku sambil tersenyum.” Dah makin kurus awak ni.” Aku membisu, tidak dapat dinafikan aku jarang makan sejak akhir akhir ni. Kadang kadang langsung tak menjamah sebutir nasi. Begitu hebat penangan cinta Arman Hariz sehinggakan aku boleh jadi begini.” Hebat sangat ke lelaki tu? Teringin jugak saya nak tengok kan.” Aku mengetap gigi. “ Raisya.” Aku hanya membuat muka kelat.” Jom keluar. Saya dah mintak izin dekat Ummi awak.” Aku menelan air liur, ayat yang digunakan sekali lagi menginggatkan aku pada seseorang. YA ALLAH, tabahkan lah hatiku.
Kami sampai disebuah shopping complex ketika jam menunjukkan ke angka 12. Aku akhirnya mengalah apabila Ummi beriya iya suruh aku keluar dengan Doktor Khairil. Kononnya supaya hati aku lebih tenteram. Sampai bila pun hati anakmu ini tak kan tenteram Ummi. “ Raisya, jom teman saya tengok wayang.” Aku hanya menurut.
Langkah aku tiba tiba terhenti. Aku mengosok mataku sendiri cuba memastikan apa yang aku nampak sekarang ini. Betul ke apa yang aku nampak ni? “ Raisya, ok tak?” Air mataku mula menitis. Aku hanya memerhati lelaki yang sangat sangat aku rindu itu sedang bergelak ketawa bersama seorang gadis. Patutlah lama menghilang, dah ada bunga baru rupanya. Sekali lagi aku kalah dengan perasaan aku sendiri gara gara seorang lelaki. Doktor Khairil pelik melihat aku yang tiba tiba menangis. “ Raisya, awak sakit ke?” Aku mengeleng tapi mata tidak lepas dari memandang pasangan sejoli itu.Doktor Khairil turut sama memandang ke arah yang ditenung olehku. “ Arman ke tu?” Aku mengangguk. Doktor Khairil mengeluh perlahan. “ Tunggu sekejap Raiysa.” Dia segera berlalu menuju ke arah Arman dan ‘ kekasih barunya’ itu. Aku hanya mengigit gigi. Tidak tahu apa yang bakal terjadi. Tak lama selepas itu, Arman merenung aku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan.
“ Apa yang awak cakap dengan dia?” Aku mengeluh perlahan.Doktor Khairil hanya tersenyum sambil terus menjamah mee goreng dihadapannya. “ Doktor!” “ Siapa doktor awak? Saya doktor Ummi awak je.” Aku mengeluh sekali lagi. “ Khai.” Panggilku lembut dan lelaki itu tersenyum manis. “ Nanti awak akan tahu jugak. Cepatlah makan.” Aku hanya membisu. Selepas kejadian Doktor Khairil datang menemui Arman, lelaki itu hanya memandang aku dengan pandangan yang aku sendiri tak dapat tafsirkan. Gadis disebelahnya hanya tersenyum sambil memandangku. Aku sendiri keliru dengan apa yang berlaku tadi. Kami tidak jadi ingin menonton wayang sebaliknya kami menuju ke arah  pantai. Dadaku mula berkoncak hebat. Pantai ini lah, pantai dimana aku dikecewakan dan jugak pantai dimana aku meluahkan segalanya. Di pantai ini jugak lah pertama kali aku terlanggar seorang remaja lelaki dalam lingkungan 15 tahun dan di sini jugak tercipta suatu memori. Apa motif Doktor Khairil membawa aku kesini? “ Awak tunggu sini sekejap.” Aku hanya membisu dan mengangguk.
Dari tadi mataku tidak lepas memerhati keindahan pantai yang bergelora. Terasa damai hatiku melihat pantai yang kelihatan tenang.” Assalamualaikum.” “ Waalaikumusalam.” Jawabku perlahan dan aku menoleh. “ Arman?” tuturku terkejut. Lelaki itu hanya mengangguk.” Awak buat apa kat sini?” tanyaku. Lelaki itu hanya membisukan diri.” Saya minta maaf Raisya.” Aku tunduk, untuk apa kata maaf itu diucapakan? Aku memang tidak layak untuk bergandingan lelaki sebaik dia.” Saya harap awak tenang dengan apa yang bakal saya ucapkan.” Aku memandang raut wajah itu dengan seribu persoalan.” Saya bakal berkahwin. Minggu depan saya akan bertunang.” Dadaku bagai dihempap dengan batu besar. Hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu perasaanku sekarang. Sampai hati dia buat aku macam ni. Mana janji janji manis yang selalu diucapkan? Aku sedar aku hanya ‘ kawan ‘ dan teman rapat dia. Tapi dia juga pernah meluahkan perasaan dan memberi aku harapan. Sampai hati kau Arman Hariz.
Aku masih terpaku dihadapan pantai ini. Kelibat Doktor Khairil sudah lama kelihatan.” Jom balik.” Aku mengangguk. Doktor Khairil memandangku dengan pandangan pelik.” Eh kan dah bincang tadi. Kenapa muram lagi?” “ Dia nak kahwin da.” Ringkas tapi cukup membuatkan hatiku pedih.” Oh, Tahniah lah kan.” Doktor Khairil tersenyum tanpa mempedulikan hati aku yang sedang kecewa. Kenapa Arman Hariz dipertemukan dengan aku jikalau hanya mengundang rasa kecewa? Hina sangatkah diriku ini? Aku merintih dalam hati. YA ALLAH, aku redha jikalau ini ketentuan yang ditetapkan olehMU.
Hujung minggu itu, Ummi sibuk menghias rumah. Rara Izora turut sama membantu mengemas rumah. Langsir ditukar, cadar kerusi diganti baru. Aku hanya memerhati kerajinan Ummi dan Rara Izora. Buat tebiat ke? Selalu tak rajin macam ni pun. Aku masih meneruskan pembacaanku terhadap majalah Dara. Semakin lama, hati sudah mula dapat menerima kenyataan bahawa lelaki itu memang tidak ditakdirkan untukku. Semoga dia berbahagia dengan bakal tunangnya itu.
“ Raisya, cepat siap.” Aku memandang Ummi pelik. “ Cepatlah. Sekejap lagi ada orang nak datang.” Aku masih tidak berganjak. “ Rara, pergi siapkan along kamu tu.” Rara Izora mengangguk sambil tersengih sengih. Dia kemudian menarik tanganku perlahan.Aku hanya menurut.” Along pakai baju ni.” Aku memandang baju kebaya putih yang cantik itu.” Pakai selendang ni jugak.” Selendang putih keemasan dihulurkan.” Eh nak buat apa? Along bukan nak nikah pun.” “ Pakai je lah.Nanti Ummi marahlah.” Aku hanya menurut. Malas mahu mendengar bebelan Ummi.” Lepas dah siap keluar tau.Rara tunggu kat luar.” Aku masih dalam kehairanan. Adikku itu hanya tersengih sengih.
Aku keluar apabila keadaan rumahku mula riuh rendah. Aku memandang adikku yang sedang tekun membantu Ummi memasak.Mak long, Mak Ngah dan Mak Temah pun ada? Eh apa yang dah berlaku ni? Aku menarik tangan Rara Izora.” Apa ni Rara?” “ Akak kan nak nikah.” “ Eh bila masa pulak? Pakwe pun akak tak ada tau!” Rara Izora tersenyum senyum. “ Kalau nak tahu jawapan sebenar, pergilah jumpa mamat yang pakai baju melayu warna putih kat luar tu.” Aku terdiam. Mamat pakai baju melayu putih? Aku segera keluar dan mencari cari mamat yang dikatakan oleh Rara Izora. “ Mamat pakai baju putih!” Aku menyebut perlahan dan lelaki itu menoleh. “ Awak? Apa semua ni?” Lelaki itu tersenyum.

“ Aku terima nikahnya Raisya Humairah Binti Hamid dengan mas kahwin RM 45 tunai.” “ Sah?” “ Sah sah. “ sambut suara di belakang. “ Alhamdulillah dah selesai sudah.” Aku menitiskan air mata perlahan. Seperti tidak percaya aku sudah menjadi isteri orang. Ummi mencium pipi ku lembut. “ Dah jadi isteri orang kena pandai jaga hati suami tau.” Aku mengangguk sambil tersenyum. Mata dari tadi tidak lepas memandang lelaki yang segak berbaju melayu putih itu. Siapa sangka aku kini sudah bergelar kepada isteri seorang lelaki yang aku sayang dan cintai. Arman Hariz, aku tersenyum lagi. Bijak sungguh dia merencana semua ini. Senyap senyap merisik aku dari Ummi dan senyap senyap merahsiakan semua ini. Sekali lagi air mata kegembiraan tumpah lagi.
Sewaktu sesi membatalkan air sembahyang aku hanya tersenyum memandang muka merah suamiku. Dia kelihatan malu malu untuk mengucup dahiku. Aku mencium tangan kasar itu dan perlahan lahan aku mengenggamnya.” Terima kasih Arman.” Arman Hariz hanya tersenyum dan pantas hidung aku dicuitnya. “ Lepas ni kena panggil abang.” Aku mengangguk malu.
Siapa sangka, lelaki yang dicintaiku itu menghilangkan diri selama 3 bulan untuk menyediakan persiapan perkahwinan kami. Aku sudah tidak mampu menahan rasa terharu. “ Abang tinggalkan sayang masa tu sebab tak sanggup tengok muka sayang yang tengah sedih. Abang nekad abang akan ambil sayang sebagai isteri abang. Kisah silam sayang tu sedikit pun tak mengugat perasaan sayang dan cinta abang.” “ Tapi abang ada keluar dengan perempuan lain.” Kataku dengan nada seolah olah orang berjauh hati. Pantas tanganku digengam dan lelaki itu ketawa kecil.” Cemburu eh?” Aku mengangguk perlahan dan tunduk. “ Dengar sini sayang.” Daguku ditarik supaya tepat merenung ke anak matanya. “ Masa tu Abang minta adik saudara abang temankan abang untuk beli barang barang hantaran kita. Mula mula bila nampak sayang dengan Khai hati abang dah mula sakit. Abang ingat sayang dah berubah hati dan tak sayangkan abang lagi.” Aku pantas mengenggam tangannya. Mana mungkin aku berubah hati.” Bila Khai terangkan kat abang yang dia hanya doktor Ummi dan kawan sayang baru abang lega sikit.” Aku tersenyum. Pandai betul Doktor Khairil merahsiakan semua ini.” Tapi kenapa abang cakap masa kat pantai yang abang nak bertunang dengan orang lain?” Aku tunduk sambil mengigit bibir. “ Abang saja nak tengok reaksi sayang.” Pantas tanganku mencubit pingangnya. “ Pandai eh? Penat tau sayang nangis.” Arman Hariz mengeliat kesakitan sambil tergelak gelak. Dia kemudian menarikku rapat dengannya. Aku dipeluk erat dan erat.” Jangan tinggalkan abang tau.” Aku mengangguk dan berjanji dalam hati akan terus mencintai serta menyayangi lelaki ini sehingga akhir hayat.” Jangan tinggalkan sayang lagi.Abang suka buat sayang ternanti nanti.” Arman Hariz tergelak. “ Ada orang tu kan sanggup tak makan sebab rindukan kita.” Aku tersipu sipu malu. “ Tu lah , dulu jual mahal sangat.” Sekali lagi aku tergelak dan terus menyembamkan muka ke dada bidang suamiku ini. YA ALLAH, semoga bahagia menjadi milik kami.
  






semoga cinta RAISYA HUMAIRAH dan ARMAN HARIZ akan bersatu sentiasa :)



* cerpen ini hanya rekaan semata mata , apa komen anda ? :)

0 orang peminat:

 

Blog Template by BloggerCandy.com