Wednesday, December 12, 2012

CERPEN : BOSKU ISTERIKU -SitiKhadijahSHL


“Farah tugas you handle staff baru tu. I nak you training dia dengan baik sekali.Ok?” Aku mengangguk angguk. Ada je benda yang aku kena buatlah.Memang aku ni dilahirkan untuk menjadi seorang pendidik? Ok aku memang pendidik pekerja baru yang berwibawa.
“Ada masalah ke?” tanya Madam Chua dengan mukanya yang garang itu. Aku tersengih.
“Eh mana ada Madam.Saya ok je.Tak ada masalah pun.Peace!” Sambil menunjuk trademark wajib dan aku buat muka seposen. Madam Chua mengangguk angguk dan terus berlalu pergi.Aku tercengang.Bebanan kerja yang sedia ada ditambah lagi dengan tugas baru yang buat aku rasa macam nak terjun tingkap sekarang.
“Kak Farah!” Aku menoleh. Melihat muka Anum yang sudah tersengih macam kerang busuk, aku sudah dapat mengagak apakah yang bakal dikatakannya.
“Kak Farah dah tengok tak staff baru tu?” Aku buat muka selamba.
“Kak Farah! Dengar lah apa Anum nak cakap ni. Staff baru tu kan..”
“Handsome, comel,muka macam artis Korea yang putih melepak tu.Kan?” Sambungku dengan pantas. Anum tercengang sambil memandang raut wajahku yang selamba.
“Eh mana kak Farah tahu ni?” Anum sudah terlebih excited.Siap lagi pegang bahu aku sambil buat muka kucing gatal.Ergh!
“Enough la Anum.Hang tu kalau bab lelaki handsome ni semua bagi kat hang.Pi buat kerja sana pi!” Aku buat buat muka garang.Anum mencebik. Dia kemudian berbisik perlahan.
“Abang tu sangat handsome mengalahkan pelakon Korea pujaan akak tau.Kbye!” Gadis kenit itu segera berlari anak.
‘Sangat handsome mengalahkan pelakon Korea pujaan aku?’ Aku memikir perlahan.Handsome sangat ke sampai si Anum sanggup mengkhianati pelakon Korea pujaan kami? Ha sudah, baik aku pergi buat kerja.
Perlahan lahan langkahku bergerak menuju ke pejabatku.
‘Cik Nur Farah Adira Binti Osman ‘
Agak agak bila nak tukar Puan Nur Farah Adira Binti Osman?


Hey hey lupa pula nak kenalkan diri . Nama aku Farah. Nama panjang aku Nur Farah Adira Binti Osman. Sebenarnya nama aku ialah Erra Fazira tapi aku tak tahu kenapa Abah tiba tiba ubah fikiran tukar jadi Farah Adira. Ok redha je la. Eh umur aku baru 25 tahun. Alhamdulillah dengan umur yang masih cun ni aku sudah memegang jawatan sebagai Marketing Manager di sebuah Syarikat Pengiklanan. Jangan tanya nama syarikat aku sebab ianya rahsia.
Aku menetap bersama keluargaku di Kuala Lumpur ni.Al maklumlah masih bujang, tak boleh nak duduk sendiri.Si Anum tu duduk dengan keluarga aku juga.Dia tu adik kepada kawan baik aku Anim. Anum Anim . Nama pun adik beradik sebab tu nama diaorang hampir sama je.
“Cik Farah”
Aku tersentak.Ha sudah! Kacaulah aku nak berangan sekejap.
“Yes?”
Muncul Mimi pembantuku sambil tersengih.
“Saya rasa kalau awak sengih macam ni seribu kali pun saya tak kan suruh bos naikkan gaji awak.”
“Ala Cik Farah ni, saya bukan nak naik gaji. Tapi..hehe” Tersengih lagi
Aku mengaru kepalaku yang tidak gatal.
“Nak cuti date lagi ke?” Tanya aku sambil membelek borang yang berada di atas mejaku. Pantas sahaja Mimi mengangguk. Aku mengerutkan kening.
“Rasanya dua minggu lepas dah minta kan.Kali ni apa lagi? Boyfriend awak tu senggugut ke? Ataupun pinggang dia gastrik?”  Mimi sudah tersengih. Susah lah ada pembantu yang asyik tersengih ni.
“Saya nak ikut balik kampung boyfriend saya.”
Aku tersentak.Aku kemudian tergelak besar.Si Mimi ni betul betul dah gila talak.Sanggup nak balik kampung si boyfriend sedangkan baru tiga minggu kenal?
“Berapa lama?”
“Dua minggu je!”
Aku memandang muka Mimi lama. Memang dua minggu tu macam dua hari je.
“Awak rasa kenapa saya perlu lepaskan awak cuti semata mata nak balik kampung boyfriend awak tu? Give me a strong reason!”
“Sebabnya Cik Farah saya ni seorang anak dara yang sangat memerlukan cuti untuk meluangkan masa bersama bakal keluarga mentua.Kalau Cik Farah tak izinkan saya ambil cuti musnahlah masa depan saya Cik Farah.Gelaplah kehidupan saya lepas ni!”
Mimi kemudian mengesat hidungnya yang konon konon dah berair. Ah banyak tengok drama sangat minah ni !
“Habis tu nanti sapa nak tolong saya buat kerja selama awak tak ada? Saya rasa ni pertama kali awak cuti lama , selalu dalam dua tiga hari je.”
“Ha tu Cik Farah jangan risau. Izzat kan ada!” Muka Mimi kelihatan berseri seri, seolah olah baru disiram cahaya minyak tanah.
“Izzat? Manusia dari planet mana tu?” Tanya aku endah tak endah.
“Eei Cik Farah ni. Tak kan tak jumpa lagi hero baru pujaan Malaya kat ofis kita ni?”
“Eh Lee Dong Wook ke? Atau Kim Hyung Joong?”
Mimi menepuk dahinya perlahan. Dah sah gila korea bos keciknya seorang ni.
“Itu hero Korea pujaan Cik Farah dengan si Anum tu je. Ni hero melayu tulin Cik Farah oii. Dia lah staff baru ofis kita ni.Bukan ke Cik Farah yang kena train dia?”
Aku menepuk dahiku pula.Macam manalah aku boleh hilang ingatan sekejap ni.
“So nama dia Izzat? Ok nice name. “ Kataku lalu membuka diari kecilku.
“Dia akan ganti tempat saya sementara saya tak ada.Yang penting Cik Farah setuju.Semuanya akan beres.Heheh.” Mimi tersengih lagi.
“Sekali lagi kau sengih macam tu aku cancel cuti kau!” Ugut dia sambil buntangkan mata.Mimi segera menutup mulutnya.
“Ehem baiklah Cik Farah.Saya keluar dulu.Dalam masa berapa minit Izzat akan datang berjumpa dengan Cik Farah.” Suaranya tiba tiba bertukar serius.
Aku hanya mengangguk.Malas mahu melayan kerenah pembantuku yang gila gila ini.Lagi lama dilayan makin gila otaknya.
“Cik Farah, I love you.Muahh!” Mimi kemudian berlalu keluar setelah melayangkan flying kiss yang tergedik di abad ini. Aku hanya mencebik.
Aku meneruskan kerjaku yang tertangguh.Masih banyak lagi kerja yang perlu aku selesaikan dalam minggu ini. Mahu patah segala tengkuk dan pingangg jika aku beterusan buat kerja tanpa henti. Nama je ada pembantu, tapi langsung tak boleh diharap. Sekali lagi aku terbayangkan raut wajah Mimi yang ala ala Pakistan dengan hidung mancungnya itu. Muka nampak ayu tapi bila bercakap sekali , habislah satu ofis ini. Boleh terbalik segala meja dan kerus dalam ofis ni. Mulut mengalahkan loud speaker!
Pintu bilikku diketuk.
“Masuk.”
Muncul seorang lelaki tinggi lampai dan berkemeja putih dihadapanku. Aku memandang acuh tak acuh.
“Yes? Can I help you?” Aku masih meneruskan kerja yang tergendala di atas meja.
“Puan Nur Farah Adira?”
Aku mengangkat mukaku.Puan? Haisyhh memang nak kena ni!
“Puan??” Aku mengerutkan mukaku yang comel ini. Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum.
“Sila simpan senyum awak dalam poket.Saya tak suka senyuman awak.” Ringkas dan nampak agak sedikit angkuh.Aku ketawa dalam hati.Padan muka kau! Siapa suruh pandai pandai berPuankan aku yang single mingle ni. Tercalar naluri kesingle’an aku!
“Hm ok.Saya Izzat Hamirul.Pekerja baru merangkap setiausaha sementara Puan Farah.” Lelaki itu masih tegak berdiri.
“Pembetulan ya bukan Puan, tapi cik! Cik Nur Farah Adira!” Sengaja perkataan Cik itu ditekankan. Biar paham sikit mamat tonjang ni. Mamat tonjang dihadapan ni sudah mula tergaru garu kepala.
“Maaf cik Farah.Kesilapan teknikal pula. Jadi apa yang perlu saya lakukan?” Tanyanya perlahan.
Aku memandang raut wajah yang masih tegak berdiri dihadapanku ini. Hm apa yang perlu saya lakukan ya? Soalan yang menarik!
“Baiklah memandangkan awak pekerja baru saya ada sedikit ujian mental untuk awak.” Lelaki itu mengerutkan kening,
“Ujian mental?” Aku mengangguk. “Ujian mental ini sangat menguji mental dan fizikal.Lagi lagi pekerja baru seperti awak ni.Memang sangat memerlukan ujian sebegini.Yelah kita tak nak ada dikalangan pekerja baru kita menghadapi masalah mental.Faham?” Aku membuat suara garang ala ala Madam Chua dan muka sengajaku ketatkan.
“Cik Farah, saya rasa tugas saya hanya mengantikan tempat Mimi sementara dia bercuti kan?Mimi yang memaklumkan pada saya.”
“Jadi?” Aku mengangkat kening. Lelaki itu sudah mula nampak gelisah.
Aku masih membuat muka selamba ayam, sebenarnya sedang memikirkan idea jahat untuk mengenakan pekerja baru ini. Ala standard lah kan senior buli junior. Aku tiba tiba mendapat idea! Klik!
“Ikut saya.” Ringkas dan aku segera bangun.Lelaki itu masih mengekori langkahku yang agak laju. Aku berdiri dihadapan sebuah bilik stor yang tidak berkunci.
“Awak nampak bilik ni?” Tanya aku sambil memandang muka putih ala ala pondan disebelahku ini.
“Ya nampak.Jadi kenapa?” Tanyanya selamba.Aku bercekak pingang. Amboi dia tanya balik kenapa. Sekarang ni siapa bos ni?
“Kenapa? Saya paling tak suka dengar perkataan kenapa dan tolong jangan tanya kenapa saya tak suka kenapa dan paling penting kenapa tu tak patut muncul dari bibir awak selama awak berkerja dibawah saya.Faham?”
Lelaki itu kelihatan tercengang.Aku sudah tersengih jahat, sengaja nak tunjuk garang.Ingat senang ke nak jadi garang? Selalu asyik aku je yang kena buli lagi lagi dengan si Mimi dengan Anum.Minah berdua tu macam dah terhilang ingatan yang aku ni bos diaorang. Mentang mentanglah saiz badanku comel. Eh
“Baik Bos!” Sengaja perkataan bos itu dikuatkan volume.Aku hanya membuat riak selamba.Biarkan kau rasa, aku memang suka tunjuk gila kuasa lagi lagi dekat budak stok putih macam ni.
“Saya nak awak bersihkan bilik ni.Kemas semua barang dalam ni, sapu sampah, mop sekali jangan lupa.Kalau boleh, dengan kipas kat atas tu pun saya nak awak bersihkan.Make sure jangan ada satu habuk pun dalam bilik ni.Ok?” Lelaki itu mengangguk perlahan.
“Ha jangan lupa buang sampah sekali ya.Tak suka lah tengok sampah yang dah berlambak dalam ni.Lepas dah siap kemas bilik ni jangan lupa pergi cafe kat bawah.Tolong belikan saya air milo ais satu.Eh tak nak lah satu, nak dua. Al maklumlah badan kecik memang perlukan banyak air. Ok saya pergi dulu.”
Aku segera pergi tanpa memandang raut wajah yang kelihatan resah itu tadi.Hahaha padan muka kau. Pandai pandai kaulah nak siapkan semua kerja tu.
“Pukul 2 masuk dalam bilik saya !!” Aku menjerit semula sambil membulatkan mata. Lelaki itu hanya mengigit bibirnya. Marah lah tu. Jangan marah marah nanti kena jual. Aku sudah tersengih sengih.


“Bos hari ini Tuan Murshid nak jumpa bos lagi. Dia cakap semalam dia tak puas nak tengok mula comel bos.”
Aku tersentak.Mataku dibulatkan. Apahal la orang tua ni lah, saja je nak cari pasal dengan aku.
“Awak cakap apa kat orang tua tu?”
“Saya cakaplah yang bos lagilah teringin nak tengok muka dia. Bos rindu sangat nak tengok muka dia yang dah berkedut seribu alam tu.”
Aku membesarkan mataku.
“Apa???” Izzat Hamirul sudah tergelak gelak.
“Ala bos ni.Nak bergurau pun dah tak boleh.” Aku sudah merengus perlahan.
“Kalau nak gurau bab orang tua tu, kirim salam je lah.Saya tak berminat ok.” Aku meneruskan kerjaku yang tergendala dek lawak kurang pandai setiausaha yang dah pandai mengenakan aku ni!
Aku ingatkan dulu masa awal awal dia masuk, adalah perasaan cuak dia kat aku.Lagi lagi bila kes aku kenakan dia kaw kaw punya. Aku tergelak sendiri, mana tak nya hampir setiap hari aku akan mengenakan mamat ni untuk jadi bodyguard tak bertauliah. Tak cukup dengan itu segala kerja yang mudah akan disusahkan.
Contohnya macam kes hari ketiga dia mula menjadi setiausaha tak rasmiku. Jeng jeng jeng...
“Saya tak nak awak fotostat macam ni. Tolong buat betul sikit boleh tak?” Suaraku yang agak tinggi itu membuatkan banyak mata yang berada di ruangan fotostat itu menoleh. Alahai sibuk betul lah!
“Tapi Cik Farah..” “ Ehem bos! Siapa suruh panggil cik Farah bagai?” Sedikit keluhan kecil kedengaran.
“Baiklah! Bos. Tapi bos memang macam ni lah rupanya kalau fotostat.Nak buat lagu mana lagi?”
“Ah saya tak kira lagu mana ke lagu mara ke lagu lagu cinta ke apa yang penting saya tak nak yang ni! Saya nak yang clear punya, yang hitam tepi ni semua tak nak.Saya tak kisahlah awak nak pergi kat Kutub Utara ke Kutub Selatan ke asalkan bahan yang saya nak semuanya dalam keadaan yang cantik! Pergi fotostat balik!
Lelaki itu sudah mengaru kepalanya perlahan.
“Apasal garu garu ni? Ada kutu ke apa?”
“Hm yelah Bos. Saya pergi cari tempat fotostat lain.” Dia segera berlalu. Aku sudah tersengih sengih. Hari ini aku berjaya lagi menyusahkan mamat tonjang itu! Yabeda bedu!!

Yang tu hari ketiga, tapi paling dahsyat adalah hari yang kelima. Masa tu aku pun tak sangka aku dah jadi sekejam itu.
“Kak Farah!” Aku mengangkat kening ke arah Anum yang sudah tersengih sengih.
“Mana setiausaha kak Farah yang kacak bergaya plus comel lote itu?” Anum sudah tersengih gatal. Sengal punya minah, aku yang depan mata ni tak nak ditanya khabarnya tapi mamat pondan tu juga yang nak ditanyanya.
“Ada kat tempat dialah. Kenapa? Nak menggatal lah tu.” Aku kemudian sambung memeriksa dokumen yang berada di atas meja.
“Hisyh kak Farah ni,tak sayang mulut betullah. Bukanlah kak , Anum ada date dengan Abang Izzat tau.” Gadis kenit itu kemudian tersengih sengih.
What? Abang? Hisyh mengada betullah si Anum ni.Izzat yang sebaya aku tu dipanggilnya abang, padahal umur dia dengan aku cuma beza setahun je!
“Janji apa pula ni? Memandai je la Anum ni.” Anum buat muka kucing gatal. Aku sudah mula menggeleng.
“Nak lunch samalah kak.Oklah Anum nak pergi cari abang ni.Bye kak Farah.” Anum kemudian berlalu pergi sambil bernyanyi riang.
Aku tersentak.Lunch sama? Pantas aku memegang dadaku yang sedikit berombak.
Tak lama kemudian muncul kelibat Anum si kenit yang tersengih sengih bersama setiausahaku yang sedang tersenyum. Aku mengetap gigi.
“Nak pergi mana ni?” tanyaku tegas.
Izzat Hamirul sudah mengerutkan kening.
“Pergi lunchlah bos.Dah pukul berapa dah ni.” Anum disisi hanya mengangguk. Aku berdehem perlahan.
“Saya lupa nak bagitahu, ada lagi kerja yang awak perlu bereskan.Bereskan kerja awak dulu baru pergi lunch.” Aku menyerahkan lima buah dokumen yang berada di atas mejaku.
“Tolong checkkan untuk saya.” Anum sudah membuat muka terperanjat.
“Apa ni kak Farah, Abang dah siapkan semua kerja dialah. Tadi kak Farah tak ada cakap pun abang ada kerja lagi.” Anum sudah menunjukkan riak tidak puas hati. Aku hanya berlagak selamba.
“Anum ni soal kerja. Nak lunch esok lusa pun boleh kan? Izzat, please do your work now!” Izzat Hamirul melangkah masuk ke dalam biliknya dan Anum sudah mula memasamkan mukanya.
“It’s not fair lah kak Farah!” Anum kemudian berlalu pergi.
Aku melepaskan nafas lega. Muka yang ketat aku longgarkan semula. Aku sendiri tak tahu kenapa hati aku rasa berat nak lepaskan setiausaha aku tu makan tengah hari dengan Anum.
Sejak peristiwa itu lah Anum buat perang dingin dengan aku. Sehinggakan hari ini Anum masih tidak mahu bertegur sapa dengan aku, yang paling tragik bila si Anum tu sanggup pindah ke rumah Lala Longoi tu. Nak merajuk la konon. Alahai si Anum ni, Izzat tak ada cakap apa apa dia pula yang merajuk lebih.
Sehinggalah hari hari seterusnya aku masih terus membuli dan mengenakan lelaki itu tapi tidak pernah dia suarakan ketidakpuas hati dia kat aku. Kadang kadang aku pelik juga, dia redha ke kena buli dengan bos dia yang paling comel ni? Atau dia memang suka kena buli dengan perempuan stok cun melecun macam aku? Eh terlebih sudah
Tapi makin aku mengenakan dia, makin lama aku dapat rasakan ketulusan lelaki itu. Ya setiausaha aku ni memang seorang yang jujur, tak pernah sakitkan hati sesiapa pun dan tak hairanlah ramai staff perempuan kat ofis ni tangkap cintan dekat dia.
Kalau nak dikira dari paras rupa dia cukup sempurna. Hidung mancung bak Ferrari, ketinggian yang tinggi serta badan yang kurus. Dari luaran lelaki ini layak digelar Mr Perfect tapi persoalannya perfectkah dia?
“Bos! Bos setuju tak rancangan saya ni?” Aku tersentak dari lamunan yang panjang.
“Apa awak cakap tadi?” Aku mengaru kepalaku yang tidak gatal.
“Aiyukk bos ni, berangan lah tu.Bos setuju tak rancangan saya tadi?” Lelaki itu tersengih sengih. Aku terpana seketika, pantas mataku diarahkan ke tempat lain. Bahaya betul!
“Saya ikut jelah apa rancangan awak.”
“Betul ke ni bos?” Aku mengangguk perlahan. Izzat Hamirul kemudian tersengih sengih.
“Kalau macam tu nanti saya sms bos. Beritahu kat mana bos kena tunggu dan paling penting bos kena berdandan cantik.ok?”
“Haa kenapa pula?” Izzat Hamirul kemudian berdehem.
“Kenapa? Saya paling tak suka dengar perkataan kenapa dan tolong jangan tanya kenapa saya tak suka kenapa dan paling penting kenapa tu tak patut muncul dari bibir awak selama awak berkerja dibawah saya. Tak kan lupa kot sapa yang cakap ayat tu?” Dia tersengih lagi.
Aku menjeling tajam. Dah makin pandai mengenakan bos sendiri nampak?
“Ok bos jumpa malam nanti.” Setelah mengenyitkan mata dia terus keluar sambil tersenyum.
Aku masih keliru.Apa rancangan yang mamat ni dah rancangkan? Nak ajak date ke macam mana? Ahh peninglah aku. Sambung buat kerja lagi baik!

Jam sudah menunjukkan ke angka 8.45 malam tapi bayangan setiausahaku itu masih tidak muncul muncul. Aku pantas mendail nombor telefon dia tapi malangnya si operator maxis yang jawab!
“Bos!” Aku menjeling tajam. Memang saja nak buat aku darah tinggi lah mamat seorang ni.
“Awak ni kenapa lambat? Saya memang suka tunggu awak lama lama ni!” Aku sudah mula merengus kuat. Wajah tampan setiausahaku itu sudah mula berkerut.
“Bos tunggu saya? Eh siapa suruh bos tunggu saya? Patutnya bos tunggu yang tu haaa.” Mulutnya dimuncungkan ke arah pintu utama. Aku mengerutkan kening. Aku menoleh dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat kelibat lelaki separuh umur yang sedang tersenyum manis menuju ke arahku.
“Ok lah bos, saya pergi dulu. Selamat berdating ya bos.Saya ada kat sana dengan Anum.” Izzat Hamirul kemudian terus berlalu pergi sambil tersengih.
“Eh saya tak fahamlah rancangan awak ni?” Aku mengerutkan mukaku.
“Bos kena blind date dengan orang tua ni malam ni je.Saya dah aturkan sebab orang tua tu dah janji kalau bos setuju dinner dengan dia malam ni dia tak kan ganggu bos lagi.Bini tua dia dah tahu.”Perlahan Izzat Hamirul berbisik.Aku mengetap gigi. Dasar orang tua gatal!
Mataku masih tidak lepas dari memandang adegan romantik pasangan yang duduk di hadapanku. Yang si Anum ni dah kenapa macam orang gatal semacam? Terlentuk lentuk, ada yang kena baling cawan juga nanti ni.Aku terpaksa dinner dengan orang tua gatal, dia pula seronok dengan si Anum! Adakah ini rancangan yang paling bernas itu? Huh! Aku sudah mula rasa bahang.


Aku merenung bungkusan yang berada di atas mejaku. Pagi tadi Mimi yang sampaikan bungkusan ini. Katanya dari peminat misteriku. Aku mengeluh perlahan. Sudah sebulan Mimi kembali menjadi setiausahaku dan dalam tempoh sebulan itu juga bayangan lelaki tonjang itu tidak kelihatan.
Kata Madam Chua, Izzat Hamirul dah kembali bekerja dengan keluarganya. Baru aku tahu rupanya lelaki itu bukan calang calang orang.Anak orang kaya juga dan paling memeranjatkan keluarga dia mempunyai perniagaan sendiri. Paling tak boleh blah tujuan dia bekerja sementara selepas habis belajar di UiTM Shah Alam itu hanya untuk menimba pengalaman je! Patutlah boleh kerja selama dua minggu je. Kerja setakat ambil pengalaman kan.Sabar je lah.
Anum juga sudah mula ingin berbaik denganku. Buktinya pagi tadi tiba tiba je dia ajak aku breakfast. Haa kan ada udang disebalik mee tu? Mentang mentanglah dah bahagia dengan abang dia. Aku mengeluh lagi.
“Kak Farah!”
Aku membuat muka malas mahu layan. Aku baru je nak layan feeling, minah ni dah muncul.
“Kenapa Anum?” Anum hanya tersengih.
“Kak Farah ni asyik masam je.Cubalah senyum sikit. Senyum macam ni kak, macam ni..” Dia kemudian tersenyum lebar sambil membuat muka kucing gatal sekali lagi.
“Anum nak ajak Kak Farah datang rumah malam ni.” Aku mengerutkan kening. Datang rumah? Rumah si Lala Longoi ke?
“Yelah kak Farah, rumah LL ler sapa lagi.Datang tau malam ni.Ada birthday party sikit.” Aku hanya mengangguk malas.
“Kak Farah wajib datang!”
“Wajib? Sunat tak boleh?”
“Ada yang kena sunat kang!” Aku sudah tergelak gelak. Anum ni kadang kadang emosional melebih juga.
“Yela nanti akak datang. Eh tapi birthday kau ke Anum? Setahu aku birthday kau dah lepas kan?”
Anum hanya tersenyum.
“Datang jelah kak Farah. Ok lah Anum pergi dulu. Bye kak Farah.”
Aku hanya memandang lenggang gadis itu keluar dari bilikku.
Birthday party maknanya mesti ada hadiah kan? Hadiah apa pula aku nak belikan untuk si Lala Longoi ni? Kalau bukan birthday si Anum, mestilah birthday si Lala Longoi tu kan. Petang nanti aku nak ajak Mimi teman beli hadiah lah, kalau dia tak nak teman aku ugut tak nak teman dia dating dengan pakwe bangla dia tu! Aku sudah mula tersengih jahat.

“ Lama lagi ke Cik Farah hoii?” Mimi sudah buat muka bosan.Aku masih lagi membelek barang perhiasan yang berada di atas rak.
“Sabarlah Mimi, awak tahu kan saya ni cerewet sikit bab nak beli barang.”
“Tapi masalahnya cik Farah, yang cik Farah nak beli ni hadiah birthday je. Belikan je si Lala Longoi tu teddy bear. Senang cerita!” Aku mengetap gigi. Banyaklah dia punya senang cerita, dia ingat si Lala Longoi tu budak 5 tahun apa? Nak beli teddy bear bagai.
“Awak ni Mimi, baru teman saya beli barang sekejap dah merungut. Saya teman awak dating dengan pakwe baru awak tu tak ada pun saya nak merungut tau!”
Mimi hanya tersengih sambil mengaru kepalanya.
“Alololo cik Farah yang cun melecun bertudung merah, berkemeja hitam ni dah mula merajuk pula!”
“Amboii kalau ye pun nak pujuk tak perlulah cakap pasal pemakaian saya yang comel ni pula, belanja SR pun dah cukup.Hewhewhew!” Mimi mencebik. Bos dia yang satu ni memang susah nak faham.
Dia sendiri kadang kadang tak faham dengan emosi bosnya yang kejap ok kejap macam k.o. Gosip yang dia dengar itu masih belum dapat dikenalpasti, tapi apa yang dia tahu kemesraan antara bos dia dan Izzat Hamirul sudah mula tersebar luas. Sedangkan mereka semua sedia maklum bahawa Nur Farah Adira Binti Osman ni sangat allergic dengan hubungan berdasarkan kasih sayang antara lelaki dan perempuan!
Dia sendiri nampak betapa angaunya bos dia yang satu ni apabila khabar berita mengenai lelaki kacak itu tidak kelihatan. Apa yang jelas, bos dia kerap memandang stapler dan mesin fotostat. Pernah sekali hampir sejam bos dia berdiri di hadapan mesin fotostat dan tersengih sengih. Parah dah ni!
“Hoi!” Dia menoleh. “ Eh dah pilih ke cik Farah?” “Dah bayar dah pun.” Dia kemudian hanya tersengih lalu mengikut langkah bos mudanya itu.

Malam itu selepas mendapat keizinan daripada mama dan abah aku terus keluar menuju ke rumah Lala Longoi. Tapi disebabkan aku ni terlalu rajin, aku mengambil keputusan ingin menumpang Mimi. Tepat jam 9 malam kereta Persona milik Mimi muncul.
“Cik Farah! Macam tak percaya je lah.” Aku mengerutkan kening.Pelik dengan reaksi setiausahaku yang gila gila ni.
“Apa yang macam tak percaya?”
“Cik Farah mekap lah, saya rasa ni kali pertama cik Farah mekap kan?” Aku sudah tergelak. Alahai budak ni, aku ingatkan apalah tadi.
“Bukan kali pertamalah Mimi, tapi kali kedua pertama! Hahaha.” Mimi mencebik.Ada je idea bos dia ni nak kenakan dia.
“Tapi cik Farah memang cunlah malam ni.Kiranya kalau Izzat nampak confirm terus melamar! “ Aku tersentak. Mimi sudah menekup mulutnya.
“Err sorry cik Farah, terlebih sudah mulut ni!” Muka Mimi sudah nampak serba salah. Aku hanya ketawa.
“Dah lah awak ni, cepatlah jalan. Kita dah lambat ni.” Mimi hanya mengangguk sambil tersengih.

Keadaan rumah Lala Longoi yang agak sunyi itu menimbulkan tanda tanya.Aku dan Mimi saling berpandangan. Kata ada birthday party, tapi kenapa pula birthday party macam upacara pengebumian pula? Sunyi semacam!
“Awak pasti ke Mimi ni rumah dia?” Mimi mengangguk yakin. Dia memang pasti sangat ni lah rumah Lala Longoi. Segalanya terbukti apabila melihat kereta MyVi pink milik minah itu berada di luar rumah.
“Jomlah masuk.Awak beri salam.” Aku dan Mimi pantas mengetuk pintu rumah yang seperti dikunci itu.
“Assalamualaikum, ada orang tak? Kami datang nak pergi birthday party ni!” Aku mencubit lengan Mimi. Boleh main main pula budak ni! Mimi mengaduh kesakitan sambil menyeringai. Pantas betul tangan kecik bosnya ni.
Pintu terbuka dan tanpa disangka muncul seorang lelaki yang cukup dikenali mereka.
“Er?” Aku mengerutkan kening dan Mimi disebelah sudah terngangah.
Tiba tiba muncul Anum dibelakang sambil tersenyum manja.
“Jemputlah masuk Kak Farah. Tak sangka pula akak bawak setiausaha, ingatkan datang sorang tadi.”
Aku sudah mula mengeletar badan, lagi lagi bila melihat wajah putih bersih lelaki itu sedang merenungku.
“Tak apalah, kak Farah balik dulu. Maaflah ganggu. Jom Mimi!” Aku segera menarik tangan Mimi untuk mengikut langkahku. Mimi hanya terpinga pinga.
“Kenapa awak jemput dia? Awak cakap birthday party Lala je?”
Lala Longoi tiba tiba muncul dari dapur. Dia kelihatan terperanjat mendengar kata kata yang keluar dari Izzat Hamirul.
“ Weh bila masa pula birthday aku? Si Anum ni cakap birthday party ni untuk kau Izzat oi !” Izzat Hamirul sudah merah padam wajahnya. Dia merenung wajah Anum yang sudah mula pucat.
“Err let me explain, sebenarnya saya saja nak ajak kak Farah makan makan.”
“Apa semua ni Anum? Awak tak ada cakap dengan saya pun yang awak ajak dia.Awak cakap yang ada cuma awak dan Lala je. Apa semua ni???” Anum sudah mula menangis teresak esak. Dia memegang tangan Izzat kuat.
“Maafkan Anum abang. Anum cuma nak sakitkan hati kak Farah je.Anum tahu abang dan kak Farah saling suka, Anum secara tak sengaja terbaca diari Abang mengenai perasaan abang kat dia dan Anum cuma nak tunjuk kat kak Farah yang abang ni milik Anum seorang!” Izzat Hamirul menghempas tangan gadis itu
“Stupid!” Dia terus berlalu pergi.
“Abang dengarlah sini.Anum tak nak Abang jadi milik Kak Farah.Anum cemburu bila dapat tahu kak Farah pun ada hati kat Abang!Abang!! Dengar sini!” Anum berlari mengejar langkah Izzat Hamirul.Dia kemudian terduduk di depan pintu pagar utama.
Anum sudah teresak esak menangis. Lala Longoi hanya mampu mengeleng melihat tindakan bodoh Anum.
“Aku tak sangka kau sebodoh ni Anum.Yang kau pergi buat sesuatu tanpa fikir tu kenapa? Aku tahulah kau ni syok kat Izzat tu. Tapi tak kan lah kerana jantan kau sanggup lukakan hati orang yang dah layan kau dengan baik? Kau lupa ke yang cik Farah tu dah banyak tolong kau? Dia tu yang dah dapatkan kau kerja dan dia juga yang jaga kau masa kau sorang sorang kat KL ni! Kau lupa ke kakak kau tu kawan baik dia! Kau lupa ke semua tu??Kau sendiri tahu betapa sayangnya cik Farah kat Izzat kan.Akak kau pun ada cerita yang cik Farah selalu mengadu rindukan Izzat tapi kenapa kau jadi bodoh macam ni??Aku kecewa dengan kau Anum.Kecewa sangat!” Lala Longoi terus masuk meninggalkan dia yang sudah teresak esak.
Tangisan Anum makin kuat kedengaran. Tiba tiba dia berasa menyesal kerana buat sesuatu mengikut perasaan dengkinya. Dia tahu betapa kuatnya cinta lelaki itu terhadap kawan baik kakaknya itu, tapi dia lupa. Dia lupa diri bila melihat lelaki itu makin rapat dengannya. Dia sangka dia boleh mendapatkan cinta Izzat Hamirul, dia sangkakan dia boleh menawan hati lelaki itu.Tapi dia silap, tak semudah itu hati lelaki itu boleh berubah. Kak Farah, maafkan Anum. Kak Anim, maafkan adik kak.Dia terus menangis.


Tangan masih laju menaip, dia harus selesaikan kerja ini sebelum abah mengamuk. Habislah hidupnya kalau abah tahu dia terlambat hantar dokumen mengenai pelanggan tetap mereka.
“Dira!”
Aku mengeluh. Riwayat hidupku bakal tamat!
“Kan abah dah cakap, lain kali buat kerja biar cepat. Tunjuklah contoh yang baik sikit Nur Farah Adira!” Aku hanya mampu tersengih. Apa boleh buat, dah terang terang aku salah. Terpaksalah sengih je, tak kanlah nak melawan juga kan.
“Cepat siapkan, nanti mama nak datang.Abah takut nanti kamu tu tak tahan dengar bom lukear meletus dari mama kamu je.Maklumlah mama kamu tu pantang orang lambat buat kerja ni.Lagi lagi melibatkan pelanggan kesayangannya Puan Zaitun tu!”
“Ala abah ni, rilek je ok. Dira ni nampak je macam lambat buat kerja tapi sebenarnya Dira tengah menghayati tau.Dah nak siap dah pun.Ada lagi dua tiga ekor ayat je ni.” Aku tersengih sengih.
“Menangis cikgu Bahasa Malaysia kau dengar ayat kau yang tunggang langgang tu Dira oii. Ok lah abah keluar kejap.” Aku hanya mengaru kepala.
Dah hampir 2 tahun aku kerja dengan Abah. Lebih tepat lagi kerja bersama Abah menguruskan perniagaan nursery keluarga kami. Dan selama itu juga Mimi asyik hantar sms mengadu tentang bos barunya yang tersangatlah cerewet!
Tettt tettt
Dia membuka inbox, ada mesej baru daripada Mimi
Mimi Comel,
Cik Farah! Sumpah saya rasa macam nak hempuk muka mamat ni dengan tong sampah! Ada ke patut dia suruh saya sediakan breakfast untuk dia?? Setiap hari pula tu!!! Cik Farah!!! Tolonglah kembali jadi bos saya! Saya sanggup menemani cik Farah shopping sampai termuntah!!!! :’( *menangis sambil hentak kaki
Aku tergelak. Alahai Mimi ni, barulah kau tahu betapa pentingnya aku pada dia. Oh ya aku sampai sekarang terlupa nak tukar balik nama minah tu kat telefon aku.Dia yang pandai pandai letak nama dia ‘ Mimi Comel ‘ ! Haiyak kalau bab tekan lif sendiri bagi je kat minah ni. Aku mula menaip untuk membalas mesej tadi.
Hahahahahahahhahahahahhahahaha *gelak sambil garu perut! Padan muka awak Mimi.Tulah dulu awak tak hargai saya, sekarang ni barulah awak tahu betapa pentingnya saya.hikhikhik, selamat menyediakan breakfast untuk bos baru awak yang kacak tu!
Aku tersenyum girang, kadang kadang aku rasa bos baru Mimi ni macam ada hati kat dia je lah. Semua benda dia nak Mimi sediakan, termasukkan sarapan sekali. Haa nampak permainan dia disitu!
Tiba tiba dia teringat kembali peristiwa dia membuli setiausahanya itu, pergi mana mana mesti dia nak lelaki itu ada. Termasuklah jika dia ingin berjumpa client. Dan tak dapat dinafikan, dia sudah mula meyukai lelaki itu bila lelaki itu selalu disisinya! Hisyh apa aku ni, nak ingat mamat tu pulak. Entah entah dah bahagia dengan si Anum.
Anum? Dia berdengus perlahan.Dia masih ingat lagi, selepas dua hari kejadian ‘birthday party tipu’ di rumah Lala Longoi, dia ada menerima mesej meminta maaf daripada Anum.Dia sendiri tidak pasti apa tujuan maaf itu? Maaf sebab dah berjaya dapatkan cinta Izzat Hamirul? Atau maaf sebab dah buat aku frust menonggeng?

Anim juga ada menghubunginya tapi dia melayan endah tak endah.Bukan dia tak mahu melayan Anim seperti dulu, tapi hatinya sakit. Hatinya kecewa bila mengenangkan semua apa yang dah berlaku. Dia tahu Anim sedia maklum tentang perasaannya terhadap Izzat Hamirul, malah Anim sendiri menjadi tempat dia luahkan rasa rindu terhadap lelaki itu. Tapi sejak kes Anum dia sendiri tidak pasti mengapa hatinya rasa kosong ingin berkongsi dengan Anim.
Hubungan Anim dengan Anum sangat rapat dan tentulah mustahil Anim tidak tahu menahu mengenai hubungan cinta antara lelaki itu dengan adik bongsunya! Jadi selama ini Anim hanya berpura pura mendengar luahan perasaan bodohnya itu? Huh! Hatinya berdarah kembali.
“Cik Adira, ada orang nak jumpa.” Aku tersentak sekejap.
“Siapa?”
“Er lelaki, kacak orangnya.” Suzy kemudian tersengih sengih. Aku hanya tersenyum, perangai Suzy yang gila gila seperti Mimi itu sedikit sebanyak dapat mengubatkan rasa rindunya terhadap setiausahanya yang paling setia itu.
“Ok suruhlah dia masuk.Manalah tahu jodoh dari syurga ke.” Dia kemudian mengenyitkan matanya. Suzy sudah ketawa sambil mengangguk angguk.
“Assalamualaikum.”
Aku menoleh. Mataku tidak berkelip dari memandang lelaki yang berada di hadapanku ini. Rasa macam tidak percaya dan aku mengelipkan mataku berkali kali.
“Hai bos.” Ringkas tapi cukup membuatkan hati berdebar.
“Aa..apa..a..awak..bu..buat kat sini??” Aku sudah tergagap gagap.Ahh kenapa dengan mulut aku ni??
“Haii bos ni, baru 2 tahun tak jumpa dah gagap ya?” Lelaki itu tersenyum mengejek. Aku menjeling geram.
“Saya bukan bos awak lagi!”
“Yela tapi saya dah biasalah panggil awak bos.” Dia tersengih lagi.Aku hanya membuat riak biasa.
“Mana awak tahu saya kat sini?”
Lelaki kacak berkemeja biru itu kemudian memegang dadanya.
“Haa awak sakit ke?” Aku mula menunjukkan riak risau. Lelaki itu hanya ketawa.
“Kat sini, kat hati ni. Saya tahu awak kat mana sebab awak ada kat sini.” Aku terdiam.Apa semua ni? Bukan dia tengah bahagia dengan Anum ke? Aku makin tidak faham.
“Tolong jangan buat slot Samarinda kat sini. Awak dah ada Anum kan, jangan mengada nak ayat saya pula!” Sengaja aku tegaskan suaraku, biar dia sedar aku bukanlah wanita yang mudah cair dengan kata kata manis lelaki. Walau hakikatnya aku sudah mula cair saat terpandangkan raut wajah dia yang makin kacak itu tadi.
Izzat Hamirul masih belagak selamba, dia tersenyum manis.
“Awak tunggu sekejap ya.” Lelaki itu kemudian menepuk perlahan tangannya. Tak lama kemudian muncul Anim dan Anum yang sedang tersenyum. Izzat Hamirul menepuk sekali lagi tangannya dan tak lama kemudian muncul abah dan mama.
Aku sudah mula terpinga pinga.Mama dan Abah sudah tersengih sengih macam kerang busuk. Drama Korea apakah ini?
“Ok sekarang ni mereka semua jadi saksi.”
Aku sudah terngangah.Apa semua ni? Dia nak lamar Anum dan nak kami semua jadi saksi? Apa pula kena mengena mama dan abah? Izzat Hamirul ni memang melampau lah!
“Cik Nur Farah Adira Binti Osman, sudikah awak menjadi ‘bos’ dihati saya buat selama lamanya? Saya tak nak jadi setiausaha awak selama 2 minggu, 3 minggu atau berminggu minggu.Saya cuma nak jadi setiausaha awak buat selama lamanya, dan saya nak awak jadi bos di hati ini hingga ke syurgaNya. Sudikah awak?”
Aku tergamam. Perlahan lahan aku berdiri dan aku terus ... terus... terus rebah!





“ Awak ni boleh tak serius? Awak ingat ni benda main main ke? Eeeii geramlah saya dengan awak ni!”
Lelaki itu ketawa sambil mengeleng perlahan kepalanya.
“ Saya tahu lah ini kali pertama awak nak kahwin, tapi kalau ye pun tak kan awak nak cari baju pengantin warna pelangi. Eeei awak ni, tak pernah dibuat oranglah. Saya pun tak nak lah pakai baju warna pelangi ni.Macam badut je!”
Aku menghentak kakiku perlahan.
“Eeei saya tak kira lah! Sejak kecil lagi saya dah bercita cita nak pakai baju pelangi bila kahwin. Nak tak nak awak kena nak juga. Awak ni nak kahwin dengan saya ke tak? Awak jangan main main Izzat, nanti saya tak nak kahwin dengan awak baru tahu!” Izzat Hamirul membuat muka selamba.
“Saya kahwinlah dengan badut!”
“Eeiiiiii!! Pergilah kahwin dengan badut sana!” Aku terus lari keluar dari butik pengantin Sri Indah itu.

Aku makan aiskrim cornetto itu dengan lahapnya. Sakitnya hati aku dengan mamat ni, benda kahwin pun main main. Ada ke patut dia nak kahwin dengan badut? Dia nak samakan badut dengan aku yang comel ni?
Dia kemudian membuka bungkusan coklat yang berada di dalam genggamannya. Aku rasa lebih baik aku kahwin dengan coklat dan aiskrim ni daripada kahwin dengan mamat ni tau!
“Amboii mengumpat bakal suami. Tak nak masuk syurga ke?” Lelaki itu kemudian tersengih sengih. Aku membuat muka menyampah.
“Yela sayang, kita pakai baju yang awak nak tu. Janganlah merajuk macam ni, nanti tak comel lah.”
Aku mengelipkan mataku perlahan.
“Betul?”
“Betul sayang.”
“Awak tak menyesal?”
“Menyesal kenapa? Janji dapat kahwin dengan awak, saya tak kan menyesal.”
“Awak tak main mainkan?”
“Tak. Saya tak main main.”
“Habis awak tak jadi nak kahwin dengan badut?”
“Tak, tak jadi.Saya tak jadi kahwin dengan badut.”
“Yeayy!!!!” Aku melompat lompat.Akhirnya impianku tercapai juga!
“Eh awak pulak macam mana?”
“Macam mana apa?” Aku membuat muka pelik.
“Jadi tak kahwin dengan coklat dan aiskrim awak tu?”
Aku membuat muka geram! Izzat Hamirul sudah terbahak bahak ketawa. Dia suka melihat gadisnya itu merajuk, comel betul! Rasa macam nak tarik tarik je pipit tu.
“Terima kasih sa..saa..sayang.” Aku buat buat pandang tempat lain.
“Haa apa dia? Saya tak dengarlah.Cakap kuat sikit please.”
“Eeeii saja je. Terima kasih saaayang!”
“Ha? Saa apa? Tak jelaslah!”
“Eeiiii sayangglahhhh!!!!” Aku menguatkan suaraku dan tanpa disangka banyak mata memandang ke arahku sambil tersenyum senyum.Alamak malunya! Pertama kali dia panggil lelaki ini sayang dan siapa sangka ramai pula yang pasang telinga! Ni semua Izzat punya pasal lah ni!
“Ha macam tu baru dengar. Sama sama sayanggg!” Lelaki itu tersengih sambil mengenyitkan matanya. Aku hanya mampu membuat muka cool untuk cover malu!



Hari ini merupakan hari yang bermakna bagiku. Tak sampai lagi berapa jam sahaja lagi aku bakal bergelar isteri kepada seorang lelaki yang sangat aku cintai. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaanku ini.
Mimi yang manis berbaju kurung biru itu mengenggam tanganku.
“Ingat tau Farah, jangan gelabah sangat. Kau kena cover cun.Cun tu penting buat kita.” Aku hanya ketawa mendengar nasihat tak boleh pakai dari Mimi tu.Mimi kelihatan makin berseri seri setelah bertunang dengan bos barunya itu.
Siapa sangka, ramalanku tepat belaka! Aku memang dah lama agak dah yang bos dia tu ada simpan perasaan kat dia. Hubungan dia makin rapat dengan Mimi dan dia sendiri telah melucutkan gelaran ‘ cik ‘ yang Mimi panggil sejak bertahun lalu.
“Elehh kau ni, aku nak tengok nanti masa kau nak nikah dengan hubby kau tu. Kau dapat cover cun ke tak.”Aku ketawa jahat. Mimi membulatkan matanya.
“Amboii pengantin ni, gelak sakan nampak? Dah cantik cantik mekap jangan banyak gelak.Tanggal mekap nanti!” Anim yang muncul dari arah pintu bilik bercekak pinggang.Aku hanya mampu tersenyum mengejek. Anim kemudian berbisik perlahan
“Kau mesti tak sabar kan nak kahwin?”
Aku kemudian mencubit lengan Anim. Mulut ni tak ada insurans lansung! Anim sudah mengaduh sakit. Aku membuat muka tak bersalah.
“Kak Farah!” Anum tercungap cungap. Disebelahnya Lala Longoi juga sudah tercungap cungap.
“Korang ni marathon ke macam mana?” Tanya Mimi sambil tergelak.
“Eh ni serius lah. Bukan marathon, tapi ni pasal Abang Izzat!” Aku sudah mula tidak tenang.
“Kenapa dengan Izzat?”
“Abang Izzat accident kak!”
Aku tergamam mendengar berita yang disampaikan oleh Anum.Mimi dan Anim mengenggam erat tanganku.
“Sekarang Abang Izzat ada kat hospital!”
Aku tidak mampu bersuara, hanya air mata yang terus mengalir tanpa henti.


“Aku terima nikahnya Nur Farah Adira Binti Osman dengan mas kahwinnya sebanyak RM220 tunai.”
“Sah?”
“Sah sah sah” Sahut suara belakang. Imam kemudian membaca doa. Air mata kesyukuran mula jatuh.
Aku tersenyum lega. Mataku memandang tepat ke arah wajah kacak suamiku itu yang elok tanpa kecederaan!
Aku kemudian hanya mampu mengigit gigi bila mengingat semula detik diwakenabeb kan! Huh nasib baik lah wakenabeb je, kalau betul betullah Izzat accident memang tak kahwinlah aku hari ini. Tapi tak semudah itu dia ingin melepaskan suaminya itu dan geng geng subahatnya. Siapa lagi kalau bukan Anum dan Lala Longoi!
Beriya iya dia menangis dan bila dia keluar dari bilik elok je Izzat sedang tersenyum sambil membuat peace!
“Saya saja nak uji kasih sayang awak. Sayangg juga awak kat saya. Hehehe.”
“Gila tak sayang???” Aku kemudian terus menangis. Puas juga lah mereka tadi nak memujuk terutamanya Anum dan Lola Longoi yang telah bersubahat tadi.
Dia hanya mampu tersenyum. Akhirnya semuanya telah selesai dan kini bermula episod baru dia sebagai isteri Izzat Hamirul. Ya ALLAH KAU panjangkanlah jodoh kami, berkatilah hidup kami. Aamin Ya Rabb. Semoga jodoh itu terus milik kita!
“Eh pengantin, senyum sikit.Nak amik gambar ni.” Aku tersentak. Izzat di sebelah sudah menyiku.
“Kalau ye pun rindukan saya, janganlah berangan jauh sangat.Saya nak cium dahi awak ni.” Aku sudah menelan air liur. Tetiba aku teringat pesanan Mimi, cover cun Farah! Cover cun tu penting. Ok cover cun!
1 2 3 dan ...
“Aduh! “ Izzat Hamirul mengaduh sakit.Semua yang ada sudah tertawa.
“Yang pengantin perempuan pergi hantukkan kepala pengantin lelaki buat apa?” Semua sudah ketawa.Aku sudah merah menahan malu. Izzat Hamirul yang sedang menggosok kepala turut ketawa.
1 2 3 dan akhirnya pertama kali ciuman seorang suami singgah di dahinya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa bahagianya dalam hati ini. Dia mengenggam erat tangan lelaki yang sudah sah menjadi suaminya itu.
“Hai bos saya, lepas ni jadi bos yang comel ok.Jangan buli suami lagi tau.Nanti tak cium bau syurga!” Aku pantas mencubit lelaki itu.
“Auww!” Aku kemudian tersenyum mengejek.

T A M A T

2 orang peminat:

Anonymous said...

gudjob girl

ieja faiq said...

Thank u :)

maaflah cerpen ni agak serabut sikit susunannya. page ada 23 dan tak cukup kalau dijarakkan . kesilapan amat dikesali <3

 

Blog Template by BloggerCandy.com